Monday, December 7, 2015

Signal Allah Ta'ala disebalik sakit / ujian...




Assalamualaikum w.b.t...


Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan apabila kita diuji dengan sakit, Allah Ta'ala berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia dan manusia merupakan insan lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa hakikatnya kita langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Allah Ta'ala.

Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Inshaa Allah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan yang dianugerah oleh Allah Ta'ala hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah Ta'ala dan dengan kehendak-Nya juga, boleh hilang dalam sekelip mata.



Video One Shot "Jom Zikir"


Nukilanku...





Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapatlah tugasan ini disempurnakan. Sekalung penghargaan buat Pensyarah BBM3412 Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd. Rahim atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Setinggi-tinggi tahniah pada semua rakan yang berjaya menyempurnakan tugas ini. 

Tugasan Blog


5 komen dalam blog






Sunday, December 6, 2015

Tugasan Instagram







Komen Instagram Kawan






Tugasan Facebook

3 pantun ciptaan sendiri






3 pantun komen








Lirik lagu Melayu 


Tajuk lagu: Ayah dan Ibu
Penyanyi asal: Sudirman Hj Arsad




5 komen tentang lagu rakan











Tugasan Twitter


5 kata-kata hikmah











5 komen twitter rakan











Mencari Redha Allah






Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah s.a.w...

Dah bertahun-tahun lebih tidak update blog, kalau rumah sudah bersawang2...Alhamdulillah masih ingat cara post..sejak masuk habis tugasan di IPG ini first time update blog...Moga ada manfaat bersama untuk diri saya dan setiap mata yang ziarah dan membaca blog ini secara langsung ataupun tidak langsung (bagi yang sudi membacanya). Sudah pastilah kebaikan yang diharapkan di dunia dan akhirat...In Shaa Allah.


Cahaya Hati Menuju Illahi

Assalamualaikum w.b.t..

Indahnya cinta selepas pernikahan, perasaan cinta itu subur hadir dengan perjanjian halal yang bersaksikan ALLAH. Dengan lafaz nikah, lelaki dan perempuan menjadi pasangan yang memiliki ruang yang luas untuk menyuburkan cinta.

Perasaan cinta tika itu bukan sekadar emosi yang memenuhi jiwa namun menjadi ibadah bila diterjemah pada penyatuan fizikal suami isteri. Dan cinta yang menyubur setelah pernikahan itu amat indah bila mana kesucian diri dan akhlak dipelihara sebelum suami dan isteri menjadi pasangan yang halal.

Ceritera Video One Shot "Jom Zikir"




Assalamualaikum w.b.t...


PERANAN SAHABAT


Setiap orang pasti memiliki seseorang yang bernama sahabat. Tidak seorang pun diantara kita yang sanggup hidup sendirian tanpa mempunyai seorang sahabat. Umumnya, persahabatan lahir berdasarkan keadaan, karakter dan latar belakang yang menimbulkan sesuatu ikatan dan kepercayaan. Disebabkan itulah seseorang itu menjalinkan persahabatan supaya dapat belajar berinteraksi secara sosial dengan maksud melahirkan rasa keserasian, saling mempercayai diantara satu sama lain, saling menghormati dan mengasihi dalam menjalani kehidupan.

Memelihara keutuhan sebuah persahabatan bukanlah perkara yang mudah, kerana persahabatan erat berkaitan dengan soal hati. Apabila wujud perselisihan faham yang tidak segera diselesaikan dengan komunikasi yang baik, yang mungkin timbul adalah kepahitan. Apabila kepahitan tidak segera diatasi maka akan layulah persahabatan yang diladasi dengan kesetiaan pada awal perhubungan. Sebenarnya, kunci keutuhan persahabatan terletak pada kesetiaan dan kasih sayang.